Kualiti Hati

Dunia ini alam taklif. Kita semua para mukallaf atas perintah Allah swt. Jika dunia ini hanya penuh dengan nikmat tanpa ada kesukaran dan penderitaan, maka bagaimana kita dapat mengenal dan mensyukuri nikmat?

Thursday, November 26, 2009

Khutbah Aidiladha

PENGORBANAN MEMARTABATKAN ISLAM
الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً.
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله
فلا مضلل له، ومن يضلله فلا هادي له.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، الذى بلَّغ الرسالة وأَدَّ الأمانة ونصح الأمة وكشف الله به الغمة وتركَنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها ولا يزيغ عنها الا هالك. صلاةً وسلاما على نبينا المصطفى وعلى آله وصحبه أجمعين ،ثم أمــا بعد؛
فيا عباد الله، اتقوا الله, أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مسلمون


Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Taala sekalian.
Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam. Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah:

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.

Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang di mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan رَبُّكُمُ الْأَعْلَى أَنَا dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allahlah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ * إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

bermaksud:

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Bayangkan wahai kaum muslimin suasana ketika Allah memerintahkan nabi ini untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihimassalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.

Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.

Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ من الصابرين

Yang bermaksud:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononya . Kemudahan teknologi dan tamaddun modern yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Filem-filem lucah yang mempamirkan aksi berahi sudah jadi sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Budaya melihat aurat wanita dalam rancangan televisyen seakan tiada mengapa.. Kita semakin lupa bahawa mata dan panca indera yang lain merupakan amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah. Malah rumah Allah semakin mudah untuk disembamkan ke bumi sebagaimana yang berlaku di Kampung Bkt. Berembang baru-baru ini sedangkan lokasi-lokasi maksiat tetap tersenyum bongkak meratah akhlak dan jiwa seorang muslim.

Apakah ini hasil tarbiah atau didikan yang kita timba dalam setiap lembaran 10 Zulhijjah yang menjelma. Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

فَوَاللَّهِ ‏ ‏مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا ‏‏ ‏‏ تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
yang bermaksud:
Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Allah berfirman:
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Lata dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme: دع ما للقيصر للقيصر وما لله لله

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah .

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Apakah umat seperti ini yang diharapkan bakal memartabatkan Islam? Adakah golongan ilmuan Islam yang tergamak mengkhianati ilmunya ini yang diharap-harapkan bakal memimpin tangan masyarakat untuk kembali mencari redha dan kasih ilahi?

Demi tuhan Kaabah! Mereka bukan harapan yang ditunggu-tunggu. Mereka bukan pewaris perjuangan para anbia dan para mursalin. Allah melaknat golongan yang cuba untuk memutarbelitkan Islam dengan akal dan nafsu dangkal mereka sebagaimana Allah melaknat golongan ulamak jahat Bani Israil yang sanggup untuk menokok tambah Al-Taurah dan Al-Injil semata-mata mengharapkan secebis nikmat dunia yang sementara.

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ * كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ * تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ

Yang bermaksud:

78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
[80] Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka)

Demi tuhan Kaabah! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud:
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

Kata pujangga:

إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah. Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ * أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ * أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Yang bermaksud :
[97] Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Insafilah duhai teman yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.
Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.
بارك الله لي ولكم فى القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم إنه هو السميع العليم



Khutbah kedua
الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً
أشـهد أن لا إلـه إلا اللـه وحـده لا شـريك لـه وأشـهد أن محـمداً عـبده ورسـوله والصـلاة والسـلام على رسـول اللـه وعلى ألـه وصـحبه أجـمعين ثم أمــا بعـد,

فيا عباد اللـه اتقـوا اللـه أوصـيكم وإياي بتقوى اللـه فقـد فـاز المتقـون .

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa..

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama berselawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.,

قـال الله تعالى: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تسليما
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد،
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعاً مرحوماً، وتفرقنا من بعده تفرقاً معصوماً، ولا تجعل فينا ولا معنا ولا حولنا شقيا ولا مطرودا ًً،
اللهم إنا نسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اجعلنا من الذاكرين لك فى الليل والنهار، والمستغفرين لك بالعشى والأسحار
اللهم انصر الاسلام والمسلمين، اللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل مكان, أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل زمان, أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى فلســـــــــــــــــــــــطين وفي العراق (3) أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى شيشان, وفى كشمير , وفى أفغانستان ، وفى أوطاننا ياألله يا رحمــن، يا رحيــم,
اللهم إنا نجعلك فى نحور أعدائنا, ونعوذبك من شرورهم , اللهم بدد شملهم , وفرق جمعهم , وشتت كلمتهم , وزلزل أقدامهم , وسلط عليهم كلبا من كلابك, ياقهار, ياجبار, يا منتقم ياأللـــــــــــــــــــــــه
أللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
أللهم يا ودود , يا ودود , يا ودود , يا ذا العرش المجيد , يا مبدئ يا معيد , يا فعالا لما يريد ,
نسئلك بنور وجهك الذى ملأ أركان عرشك , وبقدرتك التى قدرت بها على جميع خلقك, ورحمتك التى وسعت كل شيء , يا حى يا قيوم , لآإله إلا أنت , يا غياث المستغيثين أغثنا , يا مغيث , يا مغيث , يا مغيـث ,
أللهم حرر الأقصى على رايات الإيــــــــمان وصيحة التكبيـــــــــــــــــــــر ,
أللهم أهلك الظالمين بالظالمين , وأخرجنا من بينهم سالمين,
أللهم أهلك اليـــــــهود ومن والاهم , رحمـك يا ربنا بالمسلمين المستضعفين فى فلســـــــــــــــــطين وفي العراق وفي مل بلدة ظُلِم المسلمون فيها يا قوى يا متين , ونحن يا ربنا لا نملك للمسلمين المستضعفين إلا الدعاء .
أللهم هذا الدعــــــــــــــــــــاء وعليك الإجـــــــــــــــــــــــــــــابة . اللهم اجعل هذا البلد آمناً مطمئناً سخاءً رخاءً وسائر بلاد المسلمين اللهم اغفر المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات إنك سميع مجيب الدعاء.
عباد الله.......... إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون.
أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
disunting dr tulisan asal Ust Nasarudin Tantawi



Surf faster and smarter with Firefox 3!

Friday, November 20, 2009

BAHAYA FITNAH DAN TUDUHAN

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah s.w.t. Marilah tingkatkan iman dan taqwa padaNya dengan kita mengerjakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. Semoga Allah s.w.t melimpahkan kurnia dan kasih sayang dalam usaha membentuk jiwa dan keimanan kita. Amin Ya Rabbal A'lamin.

  

Sidang jumaat sekelian,

    Kebelakangan ini kehidupan kita agak tidak selesa kerana kita di dedahkan dan diperrdengarkan perkara-perkara yg tidak sedap di dengar kerana ia boleh tergolong dalam apa yang di anggap fitnah di dalam ajaran Islam. Islam sebenarnya telah mengajar  kita bagaimana untuk menghadapi keadaan separti ini berdasarkan firman Allah dalam surat Al hujarat ayat 6

$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù 4n?tã $tB óOçFù=yèsù tûüÏBÏ»tR ÇÏÈ  

yg bermaksud

Jika datang kepada kamu orang yg fasik membawa berita, maka selidiklah, agar kamu tidak membuat sesuatu kepada suatu kaum lantaran tidak tahu, lalu kamu akan menyesal atas apa yg kamu kerjakan.

 

Ayat diatas memperingatkan kepada kita tentang bahayanya kita terus mempercayai sebarang bentuk berita yg kita terima daripada mereka yg fasik samada melalui orang perseorangan, akhbar, televisyen, radio, blog, e-mail, sms dan sebagainya. Apakah patut kita terus mempercai berita yg disiarkan di akhbar yg di dalamnya juga ada keputusan judi nombor ekor? Patutkah kita terus percaya pada sumber berita yg di dalamnya sentiasa menyiarkan program-program maksiat yg melalaikan orang dari memperingati Allah?.Yang tidak memperdulikan hukum halal dan haram asalkan saja dapat memberi keuntungan kepada mereka di dunia ini? Dimanakah adab atau etika kewartawanan yg mereka laung-laungkan kerana sanggup mengaibkan hamba Allah yg beriman?  Apakah rasionalnya mereka memaparkan ke seluruh negara satu tuduhan tanpa apa-apa bukti dan belum pun ada apa-apa tuduhan di mahkamah?

 

    Tambahan pula jika berita yg kita dengar melibatkan tuduhan yg amat  berat yg melibatkan tuduhan zina atau liwat yang tergolong dalam dosa-dosa besar.     Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina dan liwat  merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

 

Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.:

¨bÎ) tûïÏ%©!$# cqãBöt ÏM»uZ|ÁósãKø9$# ÏM»n=Ïÿ»tóø9$# ÏM»oYÏB÷sßJø9$# (#qãZÏèä9 Îû $u÷R9$# ÍotÅzFy$#ur öNçlm;ur ë>#xtã ×LìÏàtã ÇËÌÈ   tPöqt ßpkôs? öNÍkön=tã öNßgçFt^Å¡ø9r& öNÍkÏ÷r&ur Nßgè=ã_ör&ur $yJÎ/ (#qçR%x. tbqè=yJ÷èt ÇËÍÈ   7ͳtBöqt ãNÍkÏjùuqã ª!$# ãNßgoYÏ ¨,ysø9$# tbqßJn=÷ètur ¨br& ©!$# uqèd ,ysø9$# ßûüÎ7ßJø9$# ÇËÎÈ  

 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka minjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)

 

Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah.

 

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.

 

          Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

 

Demikianlah kisah  yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut juga secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedikala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tursebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

 

Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur: ayat 11-13

 

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu be

rita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur 24:11-13)

 

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuaran zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah di terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah: seperti: besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang ditrangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.:

tûïÏ%©!$#ur tbqãBöt ÏM»oY|ÁósßJø9$# §NèO óOs9 (#qè?ù't Ïpyèt/ör'Î/ uä!#ypkà­ óOèdrßÎ=ô_$$sù tûüÏZ»uKrO Zot$ù#y_ wur (#qè=t7ø)s? öNçlm; ¸oy»pky­ #Yt/r& 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÍÈ   wÎ) tûïÏ%©!$# (#qç/$s? .`ÏB Ï÷èt/ y7Ï9ºs (#qßsn=ô¹r&ur ¨bÎ*sù ©!$# Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÎÈ  

Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4, 5)

 

 

 

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu: Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.

 

Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

 

Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan 'Fasiqun'. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka. (as-Sajdah 32: 18-20)

 

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan soleh. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang saleh dan baik. Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w.

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

 

Firman Allah: Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat 48: 12)

 

Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.

 

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

 

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

 

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim:

 

cÎ) tûïÏ%©!$# tbq7Ïtä br& yìϱn@ èpt±Ås»xÿø9$# Îû úïÏ%©!$# (#qãZtB#uä öNçlm; ë>#xtã ×LìÏ9r& Îû $u÷R9$# ÍotÅzFy$#ur 4 ª!$#ur ÞOn=÷èt óOçFRr&ur w tbqßJn=÷ès? ÇÊÒÈ 

 

  Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (Surah an-Nur 24: 19)

                         

 

Sidang jumaat sekelian,

 

Mimbar hari ini menyeru semua pihak untuk tidak menyebarkan segala berita yg memalukan umat Islam keseluruhannya samada melalui internet, ucapan, tulisan dan sebagainya. Janganlah kita menjadi penyambung apa juga fitnah yang tersebar sekarang ini kerana ia menambah dosa yg sedia banyak yg kita tanggung sekarang ini.  

 

Kemelut yg sedang kita hadapi ini bukan sahaja memalukan orang yg tertuduh dan keluarga mereka sahaja, tetapi memalukan seluruh umat Islam seluruh negara  bahkan umat Islam keseluruhannya di dunia. Agaknya apa pandangan orang-orang bukan Islam terhadap umat Islam dan agama Islam bila meletupnya peristiwa sebegini sebanyak 2kali dlm tempoh 10 tahun shj.

 

   Bagaimana kita ingin mengambarkan Islam itu sebagai agama yg terbaik dan serba lengkap jika perilaku umatnya sungguh memalu dan menjijikkan.

Bagaimana kita ingin meyakinkan bahawa Islam layak memerintah negara dan seluruh pelusuk dunia  dengan adil jika akhlak yg ditunjukkan umatnya

sangat jauh dari kehendak agama Islam yg kita junjung tinggi ini.

 

   Marilah kita kembali menegakkan segala undang-undang  atau syariah

Allah dalam diri kita , dalam keluarga kita, dalam masyarakat kita, dalam negeri kita dan dalam negara kita supaya kita terlepas dari kemelut yg tidak berkesudahan dan supaya kita semua mendapat pengampunan dari Allah s.w.t.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Enjoy more chat on blogs and websites
Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!