Kualiti Hati

Dunia ini alam taklif. Kita semua para mukallaf atas perintah Allah swt. Jika dunia ini hanya penuh dengan nikmat tanpa ada kesukaran dan penderitaan, maka bagaimana kita dapat mengenal dan mensyukuri nikmat?

Thursday, November 5, 2009

PASTI HIDUP KEMBALI

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Maasyiral muslimin rahimakumullah,
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara
sekelian, agar ktia terus meningkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah, dengan mengerjakan segala perintahNya dan berazam
untuk meninggalkan segala laranganNya. Seterusnya, kita berusaha mempertingkatkan lagi kualiti ibadah kita kepada Allah. Semoga dengan semua ini kita akan dianugerahkan oleh Allah husnul khatimah, ameen ya Rabal ‘Alamin.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,


Pernahkah kita bayangkan diri kita berada di atas ranjang kematian, apakah yang dapat kita lakukan waktu itu ? Suatu pertanyaan yang mesti dijawab oleh semua manusia yang masih hidup. Bagaimanakah keadaan detik-detik terakhir dari nafas kita yang akan berlalu itu? Apakah kita termasuk orang yang suka untuk bertemu Allah, ataukah sebaliknya seperti hamba yang melarikan diri dan takut bertemu tuannya kerana kesalahan yang dilakukannya?



Pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita berfikir sejenak dan merenung kembali . Kita lihat juga sekeliling kita, keluarga kita, sanak saudara kita, sahabat handai kita. Berapa ramaikan yang ada bersama kita pada tahun lepas. Tetapi pada hari ini, mereka sudah tiada bersama kita. Mereka sudah meninggalkan kita. Mereka sudah memasuki alam baru, alam Barzakh, alam kubur.

Begitulah saudara-saudara sekelian. Kehidupan dunia ini tidak kekal. Kehidupan dunia ini hanya sementara belaka. Ia seperti yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud:

“Apalah erti dunia bagiku. Hubungan ku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik mentari. Tiba-tiba kelihatan olehnya sebatang pohon lalu dia pun berteduh sejenak di bawah bayangan teduhannya. Sesaat kemudian dia pun pergi meninggalkan tempat itu.”

Begitulah saudara-saudara sekelian. Apabila kita meninggalkan teduhan pohon tersebut untuk melanjutakan pelayaran kita, itulah saat kematian kita. Kematian bukan bererti penutup segala sesuatu. Kematian bukan noktah akhir. Tetapi kematian adalah saat perpindahan dari satu alam ke alam yang lain. Dari alam dunia yang sementara ini, ke alam akhirat yang kekal abadi. Apakah yang kita sudah persiapkan untuk alam akhirat tersebut? Adakah persiapan kita dengan amal bakti, atau persiapan kita dengan dosa dan maksiat? Fikirkanlah sebelum mati datang menjemput kita. Fikirkanlah sebelum malaikat maut datang mencabut nyawa kita.

Sidang jumaat sekelian,

Kematian boleh datang bila-bila masa. Ia tidak mengenal umur, bangsa dan warna. Ia tidak mengenal samada seseorang itu sihat atau sakit terlantar. Berapa ramai dari manusia yang nampak sihat dan tegap badan, tiba-tiba datang ajal maut. Mereka terpedaya dengan anggapan bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi di dunia ini kerana mereka sihat sejahtera. Tetapi siapakah yang dapat menjaminkan demikian? Begitu juga yang muda remaja. Mereka menyangka mereka akan hidup lebih lama lagi kerana mereka masih muda. Tetapi siapakah yang dapat menjaminkan demikian?
Adakah apabila sudah sampai kematian, apabila roh sudah hampir keluar dari badan, barulah kita merasa insaf? Barulah kita merasa menyesal atas perbuatan maksiat kita? Adakah ketika itu segala taubat kita diterima Allah? Tidak sekali-kali.

Pintu taubat akan tertutup apabila seseorang sudah berada pada ketika nazaknya, ketika rohnya hampir keluar dari jasadnya. Maka sekaranglah masanya untuk kita insaf dan taubat. Kita meminta ampun dari Allah atas segala dosa kita dan meningkatkan ibadah kita, sewaktu kita masih lagi
bernafasdi atas dunia ini. Dengarlah firman Allah dalam surah Qiyamah:

:

Ertinya: Sesekali jangan! Apabila nafas seseorang itu telah sampai ke kerongkongnya. Dan dikatakan kepadanya
Siapakah yang dapat menyembuhkan (engaku)? Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia). Dan terikatlah betis kiri ke betis kanan. Kepada Tuhanmu kamu akan dibawa pada hari tersebut.

Ingatlah saudara-saudara sekelian. Apabila kematian sudah datang, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ketika kematian sudah datang, ketika itulah kita akan sedar betapa singkatnya kehidupan di dunia ini. Bayangkanlah, apabila kita sudah menghembuskan nafas kita yang terakhir. Bayangkanlah, ketika tersebut anak isteri akan menangis atas jasad kita yang sudah kaku. Itulah saat perpisahan. Kita tidak tahu samada kita akan berjumpa mereka lagi atau tidak. Kerana di akhirat kelak, kedudukan seseorang akan bergantung kepada amalannya.

Ingatlah saudara-saudara sekelian. Ingatlah kematian sebelum ia datang. Buatlah persiapan untuk menghadapi hari perpisahan tersebut. Sesungguhnya, orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati kematian, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Berkata Rasulullah: Mereka yang paling banyak mengingati kematian.

Ini adalah kerana apabila seseorang sentiasa sedar akan kematiannya yang akan datang tidak tahu bila, dia akan berasa gementar untuk melakukan maksiat kerana dia akan berasa takut jika maut akan datang ketika dia sedang melakukan maksiat tersebut. Dan dia akan rajin melakukan ibadat sebagai persiapan untuk pelayaran di alam akhirat kelak. Sesungguhnya kematian itu adalah satu pengajaran bagi orang-orang mukmin, seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Cukuplah kematian itu sebagai peringatan.

Malangnya, manusia sentiasa leka. Setiap hari ada kematian. Setiap hari ada jasad yang dikebumikan. Tetapi manusia tetap leka. Manusia tetap tidak mengambil pelajaran. Sedikti sahaja dari kalangan manusia yang insaf akan kematian. Pernah diriwayatkan bahawa seorang wali Allah menangis ketika seorang mayat dibawa untuk disolatkan. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menjawab: Aku menangis bukan kerana mayat tersebut. Tetapi aku menangis kerana diri aku sendiri. Mayat tersebut sudah tertutup buku catatan amalannya. Sedangkan buku catatan aku belum lagi ditutup dan aku tidak tahu apakah kesudahannya.

Syafiq bin Ibrahim berkata, "Bersiap-siaplah anda semua di dalam menghadapi kematian, jangan sampai ketika ia datang lalu anda minta dikembalikan lagi ke dunia (kerana belum beramal)."

Al 'Alla' bin Ziyad mengatakan juga, "Hendaknya setiap orang dari kalian merasakan, bahwa dirinya telah meninggal, lalu memohon kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia, kemudian Allah memenuhinya, maka hendaklah kalian beramal ketaatan kepada Allah."

Syamith bin 'Ajlan berkata , "Manusia itu ada dua golongan, pertama orang yang terus mencari bekal di dunia, dan ke dua orang yang terus bersenang-senang di dunia. Maka perhatikanlah, dari golongan manakah dirimu?"

Diceritakan bahawa suatu hari al Hasan al Bashri melewati sekelompok pemuda yang sedang tertawa terbahak-bahak, maka beliau bertanya, "Wahai anak saudaraku, apakah kalian pernah menyeberangi ash Shirath (jambatan Jahannam)? Para pemuda itu menjawab, "Belum." Beliau bertanya lagi, "Apakah kalian tahu ke syurga ataukah ke neraka kalian akan dimasukkan?" Mereka menjawab, "Tidak." Kemudian beliau berkata, "Lalu mengapa engkau ketawa sedemikian ?" Semoga Allah memberi maaf kepada kalian semua. Dan ketika beliau menjelang wafat beliau menangis seraya mengatakan, "Jiwa yang lemah, sedang urusan sangat dahsyat dan besar, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali."

Wahai saudaraku! Kita semua tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan malam pertama di alam kubur itu. Anas r.a. pernah berkata, "Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (waktu meninggal-pent), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.

Kematian adalah perkara yang mengerikan, urusan yang sangat dahsyat, suguhan yang rasanya paling pahit dan tidak disukai. Dia adalah peristiwa yang menghancurkan seluruh kelazatan dunia, memutuskan ketenangan, serta pembawa duka dan kesedihan. Dia memutuskan segala yang telah tersambung, memisahkan anggota badan dan menghancurkan seluruh tubuh, sungguh dia adalah perkara yang sangat besar dan mengerikan.

Kita bayangkan bagaimana keadaan kita tatkala kita diangkat dari tempat tidur kita, dibawa ke suatu tempat untuk dimandikan, lalu kita dibungkus dengan kain kafan, keluarga dan tetangga bersedih, saudara dan teman menangis. Orang yang memandikan kita berkata, "Dimanakah isteri si fulan, dia akan melepaskan suaminya pergi, dan dimanakah anak-anak yatim si fulan, "Kalian semua akan ditinggalkan oleh ayah, kalian tidak akan bertemu lagi dengannya setelah ini."


Sidang jumaat sekelian

. Hamba yang beriman dan sentiasa bertaqwa kepada Allah akan mengambil iktibar dari kematian. Sebaliknya, hamba yang lupa akan Allah, dia akan tenggelam dan hanyut dengan hiasan dunia ini hingga lupa akan pelayaran yang lebih jauh lagi, iaitu alam akhirat.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Adakah kita tergulung dalam kalangan orang yang selalu mengingati mati. Jika jawapannya ya sudah pasti kita akan cuba sedaya upaya untuk menlaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya. Jika jawapannya Ya .sudah tentu kita menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan hidup kita. Jika jawapannya ya sudah pasti kita menjadikan nasihat yg diberi oleh para ulama sebagai panduan dalam melayari kehidupan ini .

Tetapi sekiranya kita bukan orang yg selalu mengingati mati, semua yg halal dan haram kita sapu bersih sahaja. Yang diperintah Allah kita tinggalkan dan yg dilarang tetap kita lakukan . Semuanya kita langgar demi harta, jawatan dan kuasa. Haramnya pinjaman drpd bank yg melibatkan riba kita abaikan demi menjayakan projek kita. Judi yg jelas hukum haramnya kita berdolak dalik mengatakan ianya sebagai pelaburan jangka panjang kononnya. Rasuah yg kita beri dan kita terima kita halalkan dgn kita istilahkan sebagai komisen sahaja, Berpakaian menjolok mata kita kata inilah fesyen semasa.

Ini semua jika kita lakukan kerana kita sentiasa percaya bahawa umur kita masih panjang dan kalau berdosa pun nanti kita boleh bertaubat sebelum kita mati. Sedangkan kita sebenarnya sedar dan telah diingatkan oleh Allah bahawa mati itu pasti dan tidak diberitahu bila masanya dan dimana tempatnya supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Sidang jumaat sekalian,
Marilah kita sama-sama bersyukur, kerana Allah masih panjangkan umur kita hingga ke hari ini. Untuk memberi peluang kepada kita bertaubat kepadaNya, untuk memberi peluang kepada kita meningkatkan ibadah kita. Untuk memberi peluang kita membayar segala hutang kita. Untuk memberi peluang kita membuat sebanyak-banyak kebaikan sebagai bekalan kita di dalam kubur dan bekalan apabila kita dihisab oleh Allah di hari pembalasan kelak. Rebutlah peluang ini sebelum ajal datang menjemput kita.

2 comments:

  1. Bila teringat akan mati terasa takut dan kerdilnya diri...tetapi perangai camtu jugak.

    ReplyDelete
  2. Bila nak letak assesori kat blog aku woi...jealous aku tgok blog pak imam penuh asesori

    ReplyDelete