Kualiti Hati

Dunia ini alam taklif. Kita semua para mukallaf atas perintah Allah swt. Jika dunia ini hanya penuh dengan nikmat tanpa ada kesukaran dan penderitaan, maka bagaimana kita dapat mengenal dan mensyukuri nikmat?

Monday, December 14, 2009

Rasuah Dan Politik Wang

                    

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang jumaat yang di rahmati Allah

wur (#þqè=ä.ù's? Nä3s9ºuqøBr& Nä3oY÷t/ È@ÏÜ»t6ø9$$Î/ (#qä9ôè?ur !$ygÎ/ n<Î) ÏQ$¤6çtø:$# (#qè=à2ù'tGÏ9 $Z)Ìsù ô`ÏiB ÉAºuqøBr& Ĩ$¨Y9$# ÉOøOM}$$Î/ óOçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇÊÑÑÈ  

188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

 

 

Sidang jumaat......

Semua orang benci rasuah. Tetapi kenapa terlalu susah untuk menghapuskannya?, seolah-olah manusia  kelihatan hilang punca dalam menangani rasuah – hanya fokus pada sistem, akta dan undang-undang, bukan pada  "manusia"nya. Dan lebih malang lagi, kekadang Tuhan dipinggirkan. Neraka dan akhirat tidak dikaitkan.

Politik wang, pecah amanah, sogokan dan lain-lain bentuk rasuah adalah dosa-dosa luarbiasa yang sudah dianggap biasa. Ia adalah dosa yang 'luar biasa' kerana rasuah bukan sahaja merosakkan kehidupan individu yang terlibat, masyarakat dan negara, bahkan akan menyebabkan penderitaan yang dahsyat di akhirat kelak. Ironinya, ia juga dianggap 'biasa' kerana sudah kerap benar berlaku, dilakukan oleh semua peringkat masyarakat, malah hampir-hampir menjadi budaya.

 Mengapa rasuah seolah-olah menjadi budaya? Pakar psikologi menyatakan, kejahatan (dalam konteks ini rasuah) bukanlah kerana kebetulan atau keterlanjuran yang berlaku sekali-sekala tetapi ia adalah satu kebiasaan yang telah lama berakar-umbi justeru telah dilakukan berulangkali. Perasuah-perasuah 'profesional' sebenarnya sudah memulakan 'karier' mereka sejak awal lagi.

Kenapa seseorang itu terlibat dengan rasuah – memberi, menerima atau menjadi perantaranya? Tidakkah semua orang tahu keburukan rasuah dan bencikannya? Politik wang misalnya, dikecam oleh semua pihak. Seolah-olah semua pihak bencikannya, tetapi anehnya ia terus berlaku. Benar-benarkah yang mengecam dan membencinya telah berpatah arang dengannya? Berani kita katakan bahawa mereka yang mengecam rasuah kekadang turut sama melakukannya.

Tapi kenapa mereka melakukannya? Adakah Miskin? Ingin ditegaskan miskin bukan sebab utama orang melakukan rasuah. Tidak percaya? Lihat orang kaya pun terlibat dengan rasuah. Pangkat rendah? Sekali lagi kita terkejut, perasuah kerapkali bukan dari kalangan mereka yang berpangkat rendah. Orang yang berpangkat tinggi, yang berkuasa pun melakukan rasuah.

Sidang jumaat...

Adakah keranaTerdesak? Tidak juga, kerana ada orang yang tidak terdesakpun tergamak melakukan rasuah.

 Rasuah berpunca daripada sifat tamak. Akibat tamak, seseorang lebih mementingkan diri berbanding orang lain. Asal aku senang, orang lain sudah tidak peduli. Tamak tidak mengira seseorang itu kaya atau miskin, pemimpin atau pengikut, pandai atau jahil. Bila ada sahaja sifat tamak, maka seseorang berpotensi untuk melakukan rasuah.

Kenapa pula seseorang itu menjadi tamak? Dalam Islam, tamak adalah antara sifat mazmumah (buruk). Menurut Islam lagi, sifat mazmumah berpunca dari iman yang lemah. Tegasnya, manusia yang melakukan rasuah ialah manusia yang lemah iman atau langsung tidak beriman. Iman itu pula apa? Secara mudah kita katakan, iman itu adalah keyakinan terhadap Allah dan Hari Akhirat.

Keyakinan bukan sesuatu yang bertapak pada akal sahaja, tetapi mesti bertunjang di hati. Jika hanya akal yang mengetahui tetapi hati tidak merasai, maka iman itu lemah. Iman yang lemah ini terdedah kepada sifat mazmumah. Orang yang lemah iman, hanya mampu untuk tidak melakukan kejahatan di hadapan manusia, atau ketika diawasi oleh undang-undang tetapi bila bersendirian atau undang-undang tidak dikuatkuasakan, ia akan melakukan kejahatan sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, orang yang beriman – percaya kepada Allah dan hari pembalasan, akan meninggalkan rasuah dalam keadaan apa jua sekalipun. Cukup bagi mereka amaran daripada Rasulullah ini, hadis dari Thauban katanya:
"Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).

Bila Rasulullah saw, kekasih Allah itu telah melaknati kita maka mana upaya lagi untuk kita mendapat keberkatan dan ketenangan dalam hidup? Pada waktu itu, wang, harta, kuasa yang sebanyak manapun tidak berguna lagi. Cuba lihat betapa ramai orang yang kaya, tetapi hidupnya resah – rezekinya telah cukup tetapi masih tidak cukup-cukup (kaya harta, miskin jiwa). Inilah impak laknat yang maknawi sifatnya tetapi sangat menghancurkan kehidupan – 'neraka' dunia, sebelum neraka akhirat!

Lebih buruk lagi, satu dosa itu kerap kali mempunyai 'reaksi berantai' dengan dosa-dosa yang lain. Rasuah misalnya, boleh menjangkit kepada zina, judi, arak, bunuh dan sebagainya. Malah biasanya , wang yang didiperolehi dengan cara yang haram, selalunya mudah dibelanjakan ke jalan yang haram juga. Begitu juga kuasa atau jawatan yang didapati secara haram (politik wang), akan sering digunakan ke arah yang haram (salah guna kuasa, penzaliman dan penindasan).

Sidang jumaat....

Jadi bagaimanakah cara sebaiknya kita boleh membenteras rasuah? Apakah cukup dengan mengenakan undang-undang yang ketat dan keras. Atau apakah ada cara lain yang lebih berkesan? Tidak dinafikan menegakkan syariat Islam amat perlu untuk membenteras rasuah tetapi di samping itu usaha-usaha lain perlu dijalankan serentak bagi mengatasi masalah rasuah yang sudah membudaya dalam masyarakat kita hari ini.

Hukuman terhadap orang yang rasuah, walau bagaimana keras sekalipun masih ramai yang berani melakukannya. Apatah lagi bila rasuah telah menjadi budaya – yakni diamalkan secara majoriti – maka ketika itu orang yang tidak mengamalkannya pula dianggap 'bersalah' dan terpinggir. Acapkali, yang salah dianggap benar, yang benar pula dianggap salah. Dalam masyarakat yang terlalu rosak, memberi dan menerima rasuah sudah dianggap satu 'skill' dalam urusan perniagaan dan pentadbiran..

Untuk menangani rasuah yang telah membudaya, kita perlukan kaedah pencegahan dari dalam, dibuat secara bertahap-tahap dan memakan masa yang lama. Maksudnya, kita perlu mengatasi sebab-sebab dalaman (yang berkait dengan soal iman dan taqwa). Seperti yang telah ditegaskan sebelumnya, rasuah dilakukan oleh manusia yang tidak yakin akan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di akhirat.

Oleh itu, cara terbaik mengatasi rasuah ialah dengan melaksanakan program kesedaran, pendidikan dan kepimpinan yang berterusan kepada masyarakat. Terutamanya untuk generasi muda. Awal-awal lagi perlu ditanamkan rasa beriman kepada Allah melalui pendidikan formal dan informal. Kemudian ajak remaja menghayati rasa beriman itu dalam kehidupan sehari-hari. Beri bimbingan dan pimpinan selalu kepada golongan remaja. Isi dan fokuskan program itu ke arah pemantapan iman menerusi kaedah-kaedah yang sesuai dengan jiwa mereka yang dinamik, aktif dan 'adventureous'.

Kita tidak boleh mengharapkan kepada undang-undang dan hukuman semata-mata. Kadangkala kita sudah ada undang-undang yang keras, tetapi masalahnya sukar pula untuk dikuatkuasakan. Sinisnya, sering terjadi 'pemantau' rasuah pun kekadang perlukan pemantauan.

" Bila manusia mencipta undang-undang, maka manusia sentiasa ada cara untuk mengatasi atau melepasi undang-undang itu. Sebab itu pada sesetengah keadaan, jaring undang-undang hanya mampu menjerat 'siikan bilis', manakala 'sijerung' dan 'sipaus' dapat memboloskan diri. Jadi, langkah terbaik ialah melalui pendidikan, kesedaran dan bimbingan yang berterusan dan bermula dari peringkat muda lagi.

Sidang jumaat....

Usaha membenteras rasuah perlu dimulakan diperingkat kanak-kanak dan remaja. Benteras keburukan supaya jangan jadi kebiasaan. Kata pepatah Arab, mendidik sewaktu kecil bagai melukis di atas batu. Mendidik sewaktu dewasa bagai melukis di atas air. Maksudnya, bukan mudah kita hendak melatih diri kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan apabila sudah meningkat usia.

Bagi yang masih di peringkat remaja, jangan sekali-kali  cuba melakukan rasuah atau kejahatan yang seumpama dengannya. Misalnya, remaja menyogok kawannya untuk mendapat sesuatu yang bukan haknya.   Ini semua juga bibit-bibit kepada rasuah. Mula-mula, hal kecil, tetapi lama kelamaan melarat menjadi hal yang besar-besar. Mula-mula tentang homework atau 'kerja rumah' akhirnya tentang 'membina  rumah'.

Oleh itu penting sekali membuang atau mengikis sikap tamak dalam hati remaja. Cuba tanam kesedaran bahawa sikap tamak yang membawa kepada rasuah tidak akan menguntungkan kita. Orang tamak selalu rugi. Apabila kita cuba mengambil sesuatu yang bukan hak kita, kita sebenarnya mengundang kecelakaan. Memang, kita mungkin mendapat apa yang kita inginkan, duit, harta, keseronokan dan sebagainya… tetapi kita tidak akan temui ketenangan dan kebahagiaan.

Dalam mencari pekerjaan , Sekiranya, setelah berusaha namun masih ditakdirkan tidak mendapat kerja yang baik. Mungkin sekadar buruh, pembantu pejabat atau tukang sapu, namun tanamkanlah ke dalam jiwa  bahawa mencari rezki dengan cara yang halal, walaupun hasilnya sedikit adalah lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi haram. Terimalah kesusahan yang sedikit di dunia demi mengharapkan kenikmatan yang berkekalan di akhirat.

 Biar sedikit, tetapi halal dan berkat… itu lebih baik daripada banyak tetapi haram dan mudarat. Justeru, sejak pada usia muda, remaja harus dibiasakan dengan wang dari sumber yang halal kerana bila dewasa dan memegang amanah yang lebih tinggi nanti, kita  akan terbiasa dengan kejujuran, amanah dan prihatin terhadap keadaan orang lain.

Sidang jumat .....

 Sekali lagi beringat-ingatlah… kejahatan bukanlah kerana keterlanjuran tetapi satu kebiasaan yang telah lama berakar-umbi. Maka begitu juga dengan kebaikan, ia bukan satu kebetulan tetapi satu kebiasaan yang dihasilkan oleh latihan berterusan!

 

$pkr'¯»t z`Ï%©!$# (#qãZtB#uä w (#qçRqèrB ©!$# tAqߧ9$#ur (#þqçRqèrBur öNä3ÏG»oY»tBr& öNçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇËÐÈ  

27. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

 

 



Firefox 3: Faster, More Secure, Customisable and FREE.

No comments:

Post a Comment