Kualiti Hati

Dunia ini alam taklif. Kita semua para mukallaf atas perintah Allah swt. Jika dunia ini hanya penuh dengan nikmat tanpa ada kesukaran dan penderitaan, maka bagaimana kita dapat mengenal dan mensyukuri nikmat?

Tuesday, October 27, 2009

Bila hati rosak Islam Ditolak

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْلاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 258 surah al-Baqarah :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim
Perbezaan antara hak dan batil begitu terang, percanggahan antara iman dan kufur begitu jelas, pertembungan antara Islam dan jahiliah begitu ketara. Pejuang Islam termasuk golongan nabi dan rasul sentiasa berdepan dengan musuh Islam yang menolak kebenaran walau pun pelbagai hujah dan dalil dikemukakan. Akibat hati yang rosak dipenuhi penyakit takabbur serta ditutup daripada menerima hidayah Allah maka kebenaran ditolak, kesesatan dipertahankan. Pada zaman nabi Ibrahim, ramai kalangan umatnya termasuk bapanya sendiri Azar menyembah berhala sehingga nabi Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berhujah dengan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik yang merugikan itu. Kekuatan hujah kebenaran Islam tidak mampu dilawan oleh golongan yang menentang Islam tetapi golongan yang kufur pada Allah akan menggunakan kekerasan walau pun mereka tahu mereka kalah dan bersalah. Begitulah nasib yang menimpa nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh Namrud dan pengikutnya tetapi Allah tetap membantu nabiNya dan dakwah Islam. Kita pada ini yang berjuang Islam terus berdepan dengan pemimpin dan golongan yang tidak yakin dengan Islam. Mereka tidak menyembah berhala tetapi menyembah system ciptaan manusia dari pelbagai segi termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apabila hujah golongan yang tidak yakin kepada system Islam ini dapat dipatahkan maka kekerasan digunakan termasuk ISA, ugutan, buang kerja dan sebagainya. Begitu juga dalam mempertahankan kuasa yang dimiliki maka pelbagai cara yang bercanggah dengan demokrasi apatah lagi Islam digunakan semaksima yang mungkin sehingga mandat rakyat dicabuli, undang-undang rimba disanjungi. Tidak pelik bila undang-undang Allah pun berani dilanggar apatah lagi undang-undang ciptaan manusia yang boleh dipermain sesuka hati

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 23 – 24
ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب
Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.
Perjuangan nabi Musa a.s pula menyaksikan bagaimana baginda terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah berpunca daripada hati yang rosak bertindak memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu-padu yang akan menentangnya di kemudian hari. Menurut catatan Ibnu Kathir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki daripada kalangan bani Israel demi memastikan survival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan menggulingkannya. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pemimpin jenis ini gemar mengapi-apikan isu perkauman bagi menjaga kepentingan diri sendiri serta menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah sistem demokrasi itu sendiri demi memastikan kuasa politiknya tidak tergugat. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar
Firaun dibantu oleh Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Firaun turut dibantu oleh Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Masad :
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ
Maksudnya : Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal
Perjuangan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa berdepan dengan manusia yang rosak hati termasuk bapa saudaranya sendiri Abu Lahab bersama isterinya. Walau pun merupakan antara ahli keluarga yang paling gembira ketika menyambut kelahiran nabi Muhammad s.a.w sehingga menyembelih banyak ekor unta dan memerdekakan hambanya Suwaibah namun apabila nabi mula menyatakan dakwah Islam maka Abu Lahab merupakan penentang utama kepada dakwah suci itu. Sehingga mati dia bersama isterinya sentiasa mencari jalan bagi menjauhkan umat manusia daripada menerima dakwah nabi. Kebanyakan hartanya digunakan bagi menentang perjuangan Islam. Oleh itu kita mesti menjauhkan diri daripada menjadi manusia yang rosak hati di mana hanya seronok menyebut tentang kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetapi menentang sunnah dan sistem Islam yang dibawanya. Islam tidak akan berjaya hanya sekadar menyebut tetapi wajib diikut
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday, October 18, 2009

Iktibar Perang Uhud dan Gempabumi



















Firman Allah dalam surah Anfaal ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang jumaat....
Di dalam salah satu peperangan yang disertai oleh Rasulullah saw, yang di sebut sebagai perang uhud, Rasulullah saw memerintahkan para pemanah yang berjumlah 50 orang agar tidak berganjak dari kedudukan mereka sebelum baginda member izin. Rasulullah telah menempatkan mereka diatas anak bukit sehingga mereka boleh memantau atau mengawasi kaum muslimin dari arah belakang.

Tatkala peperangan bermula dan kaum musyrikin mendapat tekanan sehingga mereka mengalami kekalahan dan Allah memberikan pertolongan berupa kemenangan kepada kaum muslimin. Kekalahan yang menimpa golongan musyrikin telah menyebabkan mereka meninggalkan harta dan ghanimah yang banyak.

Pada saat itu para pemanah melihat apa yang yang dialami oleh kaum musyrikin, mereka berasa yakin bahawa perang telah berakhir. Mereka bermusyawarah tentang turun atau tidaknya mereka dari anak bukit untuk mengambil harta rampasan. Sebahagian mereka setuju turun dan sebahagian lagi menyatakan bantahannya sambil memperingatkan bahawa sikap itu menyalahi perintah rasul saw.

Para sahabat yang setuju untuk turun, tetap turun sebelum mendapat izin Rasaul saw. Apakah yang terjadi setelah itu?
Allah menanamkan kegigihan dan dan keberanian ke dalam hati kaum musyrikin setelah sebelumnya mereka ketakutan dan tak punya keberanian. Di bawah panglima Khalid ibn walid sebahagian dari mereka bergerak menuju anak bukit yang yelah ditinggalkan oleh sebahagian para pemanah sehingga mereka yang masih bertahan ditempat tesebut terbunuh dan mereka pun akhirnya segera memanah kaum muslimin sehingga rasa takut dan kebingungan secara tiba-tiba meliputi kaum muslimin setelah sebelumnya mereka merasakan sudah menang.

Kemenangan yang hampir itu terus terus berubah menjadi kekalahan yang menelan banyak korban. Bahkan kekalahan itu menimpa diri Rasul saw. Gigi baginda patah dan baginda terkepung seketika di kalangan kaum msuyrikin.

Sidang jumaat....

Semua itu terjadi kerana kesalahan atau maksiat sebahagian sahabat Nabi saw yang engkar arahan baginda. Kehadiran Rasul saw ditengah-tengah mereka tidak dapat membendung kemurkaan Allah menyebabkan tentera Islam tewas dalam peperangan tersebut.
Renungkan dan bandingkan kesalahan sebanagian sahabat ketika itu dengan dosa umat islam di seluruh dunia khususnya di negara kita hari ini.
Jika kita masih mempunyai mata hati maka kita tidak akan terkejut dengan bala bencana yang menimpa seluruh dunia dalam beberapa minggu lalu.
Samada ia dalam bentuk taufan, gempa bumi,tsunami, tanah runtuh, banjir besar dan sebagainya, semuanya bukan terjadi secara semulajadi tetapi disebabkan oleh lupnya manusia terhadap peringatan yang diberi oleh Allah swt selama ini. Terjadi disebabkan oleh oleh dosa dan maksiat oleh umat manusia sendiri.
Sidang jumaat ....
Diantara kemusnahan-kemusnahan tersebut ,gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini adalah paling memilukan .

Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda, hilangnya 3 buah kampong secara tiba-tiba dan binasa segala nyawa .

Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”



8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Mimbar jumaat hari ini menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , kezaliman, pecah amanah, fitnah-memfitnah dan 1001 perkara mungkar ]serta melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah spt solat 5 waktu, puasa, haji, zakat, sedekah,menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, menuntut ilmu, dan sebagainya agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Mimbar hari ni juga menyeru semua umat Islam Negara ini supaya berkerjasama dan menyokong segala bentuk perjuangan bagi menegakkan hukum, peraturan dan syariat Allah di bumi Allah ini tidak kira siapa yang memperjuangkannya
Kita mesti bersatu melaksanakannya kerana ianya bukan satu pilihan tetapi satu tanggungjawab kita bersama.
Kita mesti bekerjasama melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar ini ,sebelum datang bala lebih besar dari Allah keatas kita semua . Cukuplah bala-bala kecil spt perasaan gelisah, tiada ketenangan, rasa tdak selamat kerana banyaknya jenayah sekarang ini menjadi peringatan utk kita berubah .
Boleh jadi juga gegaran-gegaran kecil yang dialami dinegara ini berbanding dengan kerosakan dan kemusnahan besar di Negara jiran kita merupakani amaran Allah yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan mengambil peringatan terhadap apa yang akan berlaku kepada kita sekiranya kita terus tidak kisah dan tidak ambil peduli dengan kemungkaran yang bermaharajalela di sekeliling kita.

Apa bentuk kemungkaran yang berada dinegara-negara yang ditimpa malapetaka spt gempabumi itu yg tidak ada di tempat kita? Apa bentuk maksiat yang dilakukan oleh umat disana tidak dilakukan umat di sini?Cuma dengan sifat rahmah dan kasih sayang Allah swt kita masih terselamat daripada hukumannya. Kita diberi kesempatan untuk berubah dan bertaubat. Marilah kita gunakan kesempatan ygada ini dengan sebaik mungkin utk mencari redha Allah sebelum kita bertemu denganNya.

Monday, October 12, 2009

Akibat Takut dan Tidak Takut
















Kesan Takut dan Tidak Takut

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.
Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.
Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.
Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan menjaga aspek-aspek sekuriti di kediaman masing-masing.
Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.
Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[Al-Syams 91: 7-10]
Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.
Cicak mungkin disangkanya buaya.
Cacing mungkin disangkanya ular.
Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.
Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.
Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]
Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:
1. Ketakutan
2. Kelaparan
3. Kekurangan harta
4. Ancaman nyawa
5. Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan
Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat). [al-Mulk : 2]
Antara ujian yang tersenarai itu, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah mahu naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.
Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.
Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. Misalnya, di awal ayat itu, Allah menggunakan kalimah ???? yang memberikan makna sedikit. Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.
Masakan tidak.
Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?
Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.
Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.
Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku sahabat bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.
Cintakan dunia, dan membenci kematian.
Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?
“Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan”
Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.
Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
TIDAK TAKUT
Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.
Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.
Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.
Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya. Rancangan seperti Fear Factor, adalah rancangan yang secara khusus menyediakan ruang untuk manusia bertanding membuang rasa takut di dalam diri mereka.
Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.
Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.
Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok Mat Rempit, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!
Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.
Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.
Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.
Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerus elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.
Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.
Sesungguhnya,
Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.
Orang tidur bangkit terjaga.
Orang berjaga mengigau di siang masa.
Orang cerdik menjadi bodoh.
Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.
Itulah hukuman Allah. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.
Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya, timbul di sana sini.
Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.
Misalnya Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Maaidah 5: 38]
Takut itu adalah perasaan hati.
Hati itu milik Allah.
Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsurnakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.
Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.
Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.
Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]
Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.
Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.
Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

Tugas umat Muhammad

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الذين إن مكنـهم فى الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عـقبة الأمور
Maksudnya : Orang-orang yang sekiranya Kami teguhkan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka akan mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan bagi Allah jualah kesudahan semua perkara
Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan kemampuan yang ada pada diri manusia itu sendiri. Islam bukanlah suatu agama yang payah difahami serta susah pula untuk diamalkan. Manakala umat Islam merupakan umat pilihan dan terbaik berbanding umat yang lain dengan syarat kita melaksanakan beberapa kewajipan yang terpikul atas bahu kita antaranya kita mestilah menjaga sembahyang, menunaikan zakat serta menjalankan tugas dalam menyuruh diri kita sendiri dan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Umat Islam hanya diberi kemuliaan dan kekuasaan di dunia apabila kita dapat menunaikan beberapa kewajipan tersebut secara bersungguh-sungguh. Kegagalan umat Islam dalam menjalankan tugas itu menyebabkan kita ditimpa dengan pelbagai masalah serta penghinaan oleh Allah.

Masalah sembahyang yang merupakan tiang agama serta ia merupakan amalan pertama yang bakal ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat nanti di mana telah ramai umat Islam hari ini yang mengabaikan sembahyang malah bagi mereka yang mendirikan sembahyang pula masih ramai yang mengerjakannya tanpa mengambil berat tentang ilmu mereka berkenaan bacaan atau perbuatan dalam sembahyang samada betul atau tidak sebagaimana yang dituntut. Benarlah peringatan nabi bahawa pada akhir zaman ikatan Islam akan dirungkai satu demi satu bermula daripada sembahyang sehinggalah kepada system Islam yang lain akibat daripada kejahilan umat Islam sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Antara perkara yang besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah ialah mendirikan masjid bukannya membina kem tentera walau pun baginda mengetahui bahawa musuh sedang mengejarnya. Malah ketika mengingati beberapa peristiwa gempa bumi dan tsunami yang telah berlaku di negara umat Islam maka kita sentiasa diperingatkan tentang masjid yang tidak turut hancur bersama bangunan kukuh yang lain. Ini semua merupakan antara suatu isyarat yang jelas agar kita umat Islam kembali merapatkan diri kepada Allah S.W.T antaranya melalui solat dan juga menjinakkan diri dengan masjid. Ingatlah bahawa antara tujuh golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti adalah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Alangkah bahagia dan mudahnya kita jika umat Islam mampu memenuhi masjid sebagaimana kita semua dapat lakukannya pada hari Jumaat di mana hati umat Islam dapat disatukan dan setiap arahan serta maklumat terkini dapat disalurkan dengan senang dan cepat tanpa memerlukan kepada sesuatu perhimpunan tertentu di tempat yang lain pula.

Kita dapat melihat bagaimana keadaan umat Islam apabila mereka liar dan jauh daripada masjid maka semakin banyak masalah buruk yang berlaku dalam masyarakat. Umat Islam yang disatukan atas asas keduniaan tidak mampu diajak untuk berjuang atas dasar Islam sebaliknya mereka hanya mampu menjadi penyokong apabila menang dan akan lari apabila merasakan sokongan mereka tidak memberi pulangan keduniaan.

Sesungguhnya hati manusia tidak boleh menyatukan dua perasaan yang berbeza antara cintakan Islam dengan cintakan harta, antara cintakan akhirat dengan cintakan dunia. Umat Islam yang hatinya dekat dengan Allah sentiasa bertanya pada diri tentang sumbangannya terhadap Islam sedangkan umat Islam yang kurang ikatannya dengan Allah sentiasa berfikir apakah yang mampu diberikan oleh Islam kepadanya. Oleh itu muhasabahlah diri kita samada mahu menjadi hamba Allah atau hamba dunia. Penuhilah masjid setiap masa dan jangan jadikan diri kita sebagai umat yang hanya tahu bermegah dengan bangunan masjid bukannya berlumba-lumba untuk menghidupkannya. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :
قال الرسول e : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ
Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Kewajipan kedua yang mesti ditunaikan oleh umat Islam yang ingin lahir sebagai umat mulia di dunia dan akhirat ialah menunaikan zakat. Zakat merupakan antara cara pembersihan harta serta memastikan harta orang kaya diagih untuk turut sama dirasai oleh orang miskin sehingga wujudnya suasana kasih sayang yang mampu menghasilkan masyarakat yang aman. Malah nabi pernah memberi amaran bahawa antara punca datangnya bala angin merah, gempa bumi atau pun ditukar wajah sesuatu kaum ialah apabila mereka menganggap bahawa zakat itu sebagai hutang.

Begitu juga dengan amaran nabi dalam sebuah hadis yang lain di mana mereka yang tidak mengeluarkan zakat akan ditahan air daripada langit sehingga jika tiada binatang yang hidup di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak akan diberikan hujan oleh Allah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w ketika menghantar Huzaifah bin Yaman ke suatu tempat maka baginda memperingatkan agar Huzaifah sentiasa berhukum dengan al-Quran dan hadis nabi serta mengambil harta orang kaya melalui zakat untuk diagihkan kepada fakir miskin. Begitu juga dengan tindakan tegas Sayyidina Abu Bakar yang sanggup memerangi puak yang dikira murtad akibat tidak mahu mengeluarkan zakat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kewajipan yang seterusnya ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran di mana ramai di kalangan umat Islam hari ini mengabaikan kewajipan ini sehingga semakin rosaknya masyarakat. Kita mesti ingat amaran nabi iaitu kita diibaratkan seperti penumpang sebuah kapal di mana ada yang berada ditingkat atas dan sebahagian yang lain berada ditingkat bawah. Sekiranya penumpang tingkat atas tidak mencegah tindakan penumpang sebelah bawah yang bertindak menebuk lantai kapal agar lebih senang mengambil air maka kesemua penumpang itu bakal tenggelam bukannya penumpang sebelah bawah sahaja yang akan kelemasan apabila kapal itu karam nanti. Begitulah juga dengan keadaan kita apabila tidak mengajak orang lain untuk turut berbuat baik serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran maka bukan orang yang berbuat kejahatan sahaja yang bakal ditimpa bala daripada Allah malah kita turut menerima padahnya. Malah keadaan sekitar yang rosak bakal merosakkan anak cucu kita dalam jangka masa panjang. Oleh itu marilah kita sama-sama menjalankan kerja-kerja amar makruf nahi munkar ini agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan baik dan sentiasa dilimpahkan dengan rahmat oleh Allah. Kita juga mesti sedar bahawa cabaran dan ujian dalam menjalankan tugasan ini amat berat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad :

قال الرسول e : لايُدْرِكُنِيْ زَمَانٌ أَوْ لاتُدْرِكُوْا زَمَانًا لايُتَّبَعُ فِيْهِ العَلِيْمُ وَلايُسْتَحْيِي مِنَ الحَلِيْمُ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الأعَاجِمِ وَأَلْسِنَتُهُمْ أَلْسِنَةُ العَرَبِ
Maksudnya : Ya Allah! Jangan Engkau ketemukan aku dengan suatu masa atau mudah-mudahan kamu wahai para sahabat tidak akan bertemu dengan suatu masa di mana orang alim sudah tidak diikut lagi dan orang yang berbudi pekerti tidak disegani lagi. Hati mereka seperti orang ‘ajam(pada fasiknya) dan lidah mereka seperti orang arab (pada fasihnya).

Sidang jumaat yang di rahmati Allah,
Cabaran yang berat ini hanya dapat kita atasi dengan bersama-sama bekerja untuk mencegah segala bentuk kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Jangan kita hanya berharap kepada pihak-pihak tertentu sahaja yang melakukannya. Janganlah sampai kemungkaran yang berlaku di sebelah rumah kita pun kita pejamkan mata sahaja. Janganlah sampai kemungkaran ditaman atau di kampong kta pun kita buat bodoh sahaja.
Apakah kita menunggu sehingga anak atau keluarga kita terbabit baru kita hendak bertindak? Apakah kita tidak bimbang kerosakan disekeliling kita akan mempengaruhi ahli keluarga kita. Dan adakah kita tidak bimbang dengan amaran Allah bahawa datang bala bencana disebabkan maksiat yang berleluasa ia tidak hanya memilih mereka yang melakukan dosa itu sahaja tetapi akan tertimpa kepada semua yang berada disekitarnya?

Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :
وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما
Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Monday, October 5, 2009

Kita Kaum Yang Tersendiri



















Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua agar bertaqwa kepada Allah, mengekalkan diri dalam keadaan sedar tentang erti hidup berTuhankan Allah, menjaga perintah dan menjauhi larangan-Nya agar kita tidak mati, kecuali di dalam keadaan Muslim, itulah kejayaan hakiki di penghujung dunia dan permulaan Akhirat.
Amma Ba’du;
Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam: siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab,“mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

Kaum Muslimin sekalian,
Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.
Setiap hari, seorang Muslim bersolat dan membaca Surah al-Fatihah berulang-ulang kali. Pengulangan ini merupakan sebab mengapa surah al-Fatihah dinamakan juga sebagai al-Sab’u al-Mathaani yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang. Pengulangan berlaku dalam kehidupan kita apabila ia merupakan sesuatu yang amat penting, teras dan dasar yang manusia tidak boleh hidup tanpanya. Kerana itu kita diajar, dipaksa malah mungkin dirotan agar mengulang-ulang hafalan kita terhadap sifir di dalam Matematik, kerana sifir itu adalah teras dan dasar ilmu pengetahuan yang kita sulit hidup tanpanya.
Di dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak 17 kali sehari itu, kita berulang kali merayu kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala agar mengekalkan diri di dalam petunjuk-Nya, hidup sebagai sebahagian daripada alladheena an’amta ‘alayhim (golongan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas diri mereka). Golongan ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah al-Nisaa’ ayat 69 sebagai:

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]
Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah. Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung kepercayaannya.
Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim.
Tersendiri pada kepercayaan dan cara hidupnya.
Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.
Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)
Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.
Itulah Islam.
Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.
Itulah Islam.
Kemuliaan yang bukan sebagai sebuah hadiah pemberiaan, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu.
Justeru Allah Subhanahu wa Taa’la tidak mahu kaum yang mengimani-Nya hidup dengan kerendahan. Muslim dilarang daripada memakan babi kerana salah satu hikmahnya adalah kerana tabiat buruk binatang itu yang pengotor dan memakan najisnya sendiri. Islam juga mengharamkan Muslim memakan keldai, kerana haiwan itu yang sering disinonimkan dengan kebodohan, justeru tidak layak bagi seorang Muslim untuk menjamahnya sebagai sumber tulang temulang dan daging pada tubuh badan manusia yang berTuhankan Allah.
Larangan berkenaan bukan sahaja pada soal babi dan keldai, malah kita ditegah daripada hidup secara Yahudi atau Nasrani, kerana pada kezaliman, penyelewengan dan kesesatan Aqidah itu, terhimpunnya kerendahan nilai bagi sebuah kehidupan.
Perintah Islam supaya seorang Muslim memelihara janggut, tidak melabuh-labuhkan pakaian hingga meleret di tanah, malah dalam ibadah puasa juga, dianjurkan supaya menambah puasa Asyura’ dengan satu hari sebelum atau selepasnya, serta kita ditegah daripada bersikap melampau-lampau dalam memuliakan baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, segalanya itu dengan tujuan yang SATU. Iaituilah pada memastikan diri seorang Muslim untuk sentiasa membezakan diri mereka dari kaum Yahudi dan Nasrani.
Kita kaum Muslimin, kita adalah kaum yang tersendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Inilah tugas pertama yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ke atas bahu seorang ibu dan seorang bapa;

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia di atas fitrah. Maka ibu bapalah yang meYahudikannya, meNasranikannya serta meMajusikannya”[Hadith riwayat Muslim / 4803]
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan menyuburkan fitrah anak-anak. Fitrah yang subur akan menggenggam Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Pengabaian fitrah ini adalah simpang-simpang kehidupan yang menyasarkan seorang manusia daripada membesar daripada penuh potensi untuk menjadi seorang Muslim, kepada tersasar menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Oleh yang demikian, di saat kita menentang kerosakan dan kehancuran perbuatan Yahudi di bumi Palestin, menolak permainan politik diplomasi dan licik Nasrani di Rumah Putih, kembalilah ke rumah masing-masing dan perhatikan, sudahkah anak-anak kita dibesarkan sebagai seorang Muslim? Sudahkan diperkenalkan anak kita kepada Tuhannya? Sudahkan diajarkan kepada anak kita tentang tujuan hidup mereka? Apakah Islam telah menjadi nilai yang dipegang dalam tindak tanduk seharian mereka?
Jika kita membenci kerosakan perbuatan Yahudi, dan lemas dengan permainan politik kaum Nasrani, tetapi tidak pernah membenci cara hidup Yahudi serta Nasrani, sesungguhnya suara bantahan kita terhadap apa yang berlaku di Gaza, adalah senda gurau yang tidak punya sebarang makna di sisi Allah.
Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.
Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita.
Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!
Ingatlah amaran Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]
Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh jemputan berikut:

(Mereka - yng bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
70. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]
Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.
Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.
Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi dan biawak Nasrani.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama aku” [al-Kaafiroon 109: 1-6]

Penghujung Ramadhan
















Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :
Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

Hanya tinggal sehari atau 2 hari sahaja lagi kita bersama dengan Ramadhan tahun ini. Matlamat yang paling utama ibadat puasa yang kita diperintahkan Allah swt lakukan ialah bagi melahirkan umat bertaqwa kepada Allah sepanjang masa dan tempat. Antara makna taqwa sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Inilah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya. Begitu juga riwayat Ibnu Abbas : Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya.
5 kelebihan umat bertawa sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat 2 – 5 surah at-Talak :
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
[1] sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
,[2]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
[3] Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
[4] Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya,
[5] dan akan membesarkan pahala balasannya

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Diantara hikmah ramadhan yang sedang kita lalui ini ialah kita dapat mengenali potensi diri kita atau kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita. Biasanya dibulan-bulan lain bila kita ingin membuat kebaikan ada sahaja alasan yang kita berikan kepada diri kita utk tidak melaksanakannya seperti, tiada masa, sibuk, letih, tak cukup budget, lain kali sajalah dan berbagai alasan lagi. Tetapi ramadhan dapat membuktikan bahawa alas an itu sebenarnya hanyalah semata2 alasan yg kita reka utk menyedapkan hati kita dan utk mengurangkan rasa bersalah kepada diri sendiri. Buktinya……

Kalau sebelum ramadhan kita rasa tak mampu nak buat ibadat-ibadat sunat, tetapi terbukti sebenarnya kita mampu, kerana kita boleh solat terawih 8 atau hingga 20 rakaat. Kalau sebelum ramadhan kita rasa tak mampu nak bangun awal sebelum masuk waktu subuh hingga kadang-kadang terlepas solat subuh ,tetapi terbukti kita boleh bangun lebih awal kerana bersahur. Bahkan ada yang berkesempatan pula untuk menunaikan solat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Kalau sebelum ramadhan kita hanya ke masjid seminggu sekali, terbukti kita sebenarnya mampu menghadirkan diri ke masjid setiap hari, bahkan ada yang mampu berjemaah 5 waktu dimasjid atau ditempat kerja masing-masing. Kalau sebelum Ramadan kita rasa tak berkesempatan untuk membaca walau satu muka surat Al-quran sehari, tetapi sekarang terbukti kita mampu membacanya setiap hari, bahkan ada yang dapat tamat seluruh Al-Quran dalam sebulan ramadhan.

Kalau sebelum ramadhan, kita rasa rugi tak tenggok televisyen, vcd, dan dvd tapi bila di bulan ramadhan kita rasa perkara tersebut membuang masa dan hanya mengurangkan pahala puasa kita saje. Maknanya sebenarnya kita mampu meninggalkan perkara tersebut dan kita juga telah menggunakan masa tersebut untuk melakukan perkara yang berfaedah utk akhirat kita dengan hadir kemasjid , membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Terbuktilah bahawa sebenarnya kita berpotensi ,ada kemampuan, tidaklah sesibuk manapun utk melakukan perintah Allah taala dan menunaikan segala kewajipan yang difardhukan kepada kita. Cuma yang menjadi halangan ialah sikap kita terhadap Allah taala. Endah tak endah kita terhadap dosa dan pahala serta syurga dan neraka yang dijanjikan oleh Allah swt.
Ramadhan benar-benar dapat menyedarkan kita tentang siapa diri kita yang sebenarnya. Ramahan benar-benar menginsafkan kita bahawa benarlah firman Allah didalam surah At-Tiin ;



Yang bermaksud
Sesungguhnya ku jadaikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

Dan firman yang lain didalam suarah aL Baqarah ayat


Sidang jumaat yang dirahmati Allah
Setelah kita sedar potensi yang ada pada diri kita untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran hasil dari didikan madrasah ramadhan, maka janganlah pula kita mengabaikan potensi diri kita ini untuk kita jadikan sebagai modal merebut syurga dan keredhaan Allah s.w.t. Janganlah bila tamat shaja ramadhan kitapun kembali menjadi calon-calon yang berpotensi untuk di campakkan ke dalalam neraka jahannam atas sebab kita kembali meninggalkan segala kewajipan dan melakukan larangan Allah swt.

Prof Dr Yusof Qardawi di dalam tulisannya pernah mengingatkan Umat Islam supaya “ jangn menjadi Hamba ramadhan tetapi jadilah hamba Allah.” Yang dimaksudkan dengan hamba Ramadhan ialah ada sebahagian umat Islam akan menjadi baik hanya pada bulan ramadhan sahaja tetapi berubah sebaliknya apabila Ramadhan berlalu pergi.

Mereka ini semasa bulan Ramadhan akan berpuasa penuh, solatnya cukup, rajin ke masjid ,Sedeqah nya banyak, rajin membaca Al –Quran, auratnya dijaga mengumpat ditinggalkan, mata dijaga dari melihat benda-benda lucah, telinga dipelihara dari mendengar perkara2 haram, pendek kata segala keburukan boleh ditinggalkan dan banyak kebaikan yang mereka lakukan.

Tetapi apabila tamat sahaja ramadhan, merea ini solat fardhu yg membezakan diantara seorang kafir dan seorang Islam pun mereka abaikan. Datang ke masjid pun seminggu sekali sahaja.Itu pun kerana menunaikan solat jumaat Atau pun hadir kemasjid sebab ingin menjemput jemaah masjid datang kenduri arwah atau kenduri kahwin dirumah mereka.
Aurat juga mula didedahkan kembali kerana mengikut fesyen pakaian semasa., mata kembali melihat gambar-gambar lucah, Al quran terus tersimpan diatas almari selama 11 bulan dan akan dicari kembali bila tiba ramadhan tahun hadapan atau pun disebabkan ada kematian dirumah mereka , kembali menjadi bakhil dan kedekut, kembali mengumpat dan mengadu domba . Pendek kata hamper segala keburukan yang telah ditinggalkan sepanjang Ramadhan dilakukan semula sebaik tamat sahaja Ramadhan.

Yang mendukacitakan lagi ialah apabila muncul sahaja 1 Syawal hari perayaan dan kebesaran umat Islam yang sepatutnya disambut seperiti yang diajarkan Islam, tetapi sebaliknya ianya terus dicemari dengan aktiviti-aktiviti mungkar seperti pergaulan bebas lelaki perempuan, menghabiskan masa menonton rancangan hiburan ditelevisyen , meninggalkan solat fardhu, membazir kan berbagai bentuk rezeki kurniaan Allah dan sebagainya.

Sekelip mata sahaja hasil dari tarbiyah ramadhan dirosakan. Sekelip mata saja potensi utk berbuat kebaikan di kalahkan oleh kejahatan nafsu yang ada dalam diri. Sekelip mata sahaja, mula menuai dosa tidak berhenti-henti walaupun telah sebulan dapat menghentikan daripada melaku kannya. Sekelip mata sahaja menjadi hamba Allah yang tidak bersyukur dengan nikmat mata, telinga, mulut , kesihatan, kekayaan harta dsbgnya……

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memasang azam yang kuat utk terus beristiqamah melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya hingga ke akhir hayat kita supaya kita trgolong dalam orang yang mendapat husnul khatimah iaiitu pengakhiran hidup yang baik. Janganlah ada dalam hati kita walaupun sebesar zarrah sekali pun niat atau keinginginan utk kembali melakukan kejahatan dan kemungkaran apabila tamat sahaja Ramadhan kali ini. Ingatlah kita tidak diberitahu bila tarikh kematian kita. Mungkin tahun ini adalah tahun yang terakhir kita bertemu dengan Ramadhan bulah rahmat, bulan keampunan dan bulan yang penuh dengan keberkatan,












Hati Rosak Punca Islam DiTolak
السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْلاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 258 surah al-Baqarah :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim
Perbezaan antara hak dan batil begitu terang, percanggahan antara iman dan kufur begitu jelas, pertembungan antara Islam dan jahiliah begitu ketara. Pejuang Islam termasuk golongan nabi dan rasul sentiasa berdepan dengan musuh Islam yang menolak kebenaran walau pun pelbagai hujah dan dalil dikemukakan. Akibat hati yang rosak dipenuhi penyakit takabbur serta ditutup daripada menerima hidayah Allah maka kebenaran ditolak, kesesatan dipertahankan. Pada zaman nabi Ibrahim, ramai kalangan umatnya termasuk bapanya sendiri Azar menyembah berhala sehingga nabi Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berhujah dengan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik yang merugikan itu. Kekuatan hujah kebenaran Islam tidak mampu dilawan oleh golongan yang menentang Islam tetapi golongan yang kufur pada Allah akan menggunakan kekerasan walau pun mereka tahu mereka kalah dan bersalah. Begitulah nasib yang menimpa nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh Namrud dan pengikutnya tetapi Allah tetap membantu nabiNya dan dakwah Islam. Kita pada ini yang berjuang Islam terus berdepan dengan pemimpin dan golongan yang tidak yakin dengan Islam. Mereka tidak menyembah berhala tetapi menyembah system ciptaan manusia dari pelbagai segi termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apabila hujah golongan yang tidak yakin kepada system Islam ini dapat dipatahkan maka kekerasan digunakan termasuk ISA, ugutan, buang kerja dan sebagainya. Begitu juga dalam mempertahankan kuasa yang dimiliki maka pelbagai cara yang bercanggah dengan demokrasi apatah lagi Islam digunakan semaksima yang mungkin sehingga mandat rakyat dicabuli, undang-undang rimba disanjungi. Tidak pelik bila undang-undang Allah pun berani dilanggar apatah lagi undang-undang ciptaan manusia yang boleh dipermain sesuka hati

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 23 – 24
ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب
Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.
Perjuangan nabi Musa a.s pula menyaksikan bagaimana baginda terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah berpunca daripada hati yang rosak bertindak memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu-padu yang akan menentangnya di kemudian hari. Menurut catatan Ibnu Kathir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki daripada kalangan bani Israel demi memastikan survival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan menggulingkannya. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pemimpin jenis ini gemar mengapi-apikan isu perkauman bagi menjaga kepentingan diri sendiri serta menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah sistem demokrasi itu sendiri demi memastikan kuasa politiknya tidak tergugat. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar
Firaun dibantu oleh Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Firaun turut dibantu oleh Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Masad :
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ
Maksudnya : Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal
Perjuangan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa berdepan dengan manusia yang rosak hati termasuk bapa saudaranya sendiri Abu Lahab bersama isterinya. Walau pun merupakan antara ahli keluarga yang paling gembira ketika menyambut kelahiran nabi Muhammad s.a.w sehingga menyembelih banyak ekor unta dan memerdekakan hambanya Suwaibah namun apabila nabi mula menyatakan dakwah Islam maka Abu Lahab merupakan penentang utama kepada dakwah suci itu. Sehingga mati dia bersama isterinya sentiasa mencari jalan bagi menjauhkan umat manusia daripada menerima dakwah nabi. Kebanyakan hartanya digunakan bagi menentang perjuangan Islam. Oleh itu kita mesti menjauhkan diri daripada menjadi manusia yang rosak hati di mana hanya seronok menyebut tentang kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetapi menentang sunnah dan sistem Islam yang dibawanya. Islam tidak akan berjaya hanya sekadar menyebut tetapi wajib diikut
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday, October 4, 2009

Awal Ramadhan

Khutbah Jumaat: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Sudah seminggu kita berada di bulan Ramadhan . Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan saban minggu di atas mimbar Jumaat ini.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”
Kaum Muslimin, rahimakumullaah,
Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda: yg bermaksud
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]
Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.
Sidang Jumaat sekalian,
Apakah sebenarnya yang ada pada ibadah puasa di bulan Ramadhan, sehingga ia dijanjikan dengan sebuah kehebatan?
Jika seorang itu tidak makan kerana tiada makanan, keadaan itu tidak akan mendidik dirinya dengan sebarang nilai pendidikan. Tetapi jika seseorang itu ada segalanya untuk dimakan, namun beliau memilih untuk tidak makan kerana mahu mematuhi Allah SWT, maka di situlah datangnya nilai Tarbiyah.
Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri.
Tidakkah kita ingat, kepada peringatan Allah SWT di dalam al-Quran:

Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Oleh itu, mengapa tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyyah : 23]
Seorang manusia menyembah Tuhan palsu tanpa perlu menyembah berhala. Dia mengambil Tuhan palsu dalam hidupnya apabila hawa nafsunya sendiri diutamakan, membelakangi perintah dan suruhan Allah SWT. Apabila manusia menjadi hamba kepada dirinya sendiri, dia menjadi sesat walaupun berilmu. Malah sesatnya menebal hingga menutup mata, telinga dan hatinya daripada peringatan. Semua itu berlaku apabila seorang manusia tidak mampu berkata TIDAK kepada kemahuan-kemahuan diri, sebaliknya sentiasa mengikut perasaan dan kata nafsu dalam kehidupan.
Alangkah besarnya bencana manusia seperti ini.
Justeru Allah datangkan Ramadhan dan ibadah puasa, agar manusia belajar mengawal diri. Belajar untuk mampu berkata TIDAK kepada sebahagian kehendak diri yang diciptakan Allah kita ini ada kecenderungan kepada kebaikan dan ada kecenderungan kepada kejahatan.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]
Pandangan ramai mungkin melihat juara gusti sebagai orang yang gagah.
Tetapi Rasulullah SAW menegaskan bahawa, kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya, terutamanya ketika marah. Manusia yang gagah atau lemah, mudah tertonjol warna sebenarnya ketika marah. Seorang juara gusti tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya, apabila gagal menahan marah. Seorang billionaire yang mampu membeli apa sahaja, gagal menyelamatkan perniagaannya apabila hilang pertimbangan ketika marah.
Marah boleh membuatkan seorang manusia bertindak menghancur binasakan dunia. Manusia yang mampu mengawal diri kita diri terbakar disambar api kemarahan, itulah manusia yang gagah.
Kerana itulah di bulan Ramadhan, selain latihan mengawal diri daripada makan dan minum, Islam juga datangkan beberapa siri latihan lain untuk mengukuhkan proses ini.
Sabda Nabi SAW:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]
Kawal diri dari makan dan minum. Kawal diri dari larut dalam perkara yang sia-sia. Kawal diri dari kelakuan dan percakapan sumbang dan lucah. Jika dicela, dimaki hamun atau diperbodohkan, secara khusus di bulan Ramadhan ini, jangan dibalas provokasi itu, sebaliknya kawallah diri. Nyatakan, “aku berpuasa”. Ia bukan suatu kekalahan apabila tidak membalas. Tetapi ia adalah suatu latihan untuk meningkatkan daya mampu mengawal diri dan berkata TIDAK kepada perkara-perkara yang mengundang mudharat dan kerugian.
Sidang Jumaat sekalian,
Ambillah ini sebagai suatu proses yang dilatih secara tubi.
Semasa membeli di Bazar Ramadhan, semasa membeli barangan untuk sambutan Aidilfitri, pastikan kita peka kepada proses mengawal diri ini. Belajarlah untuk berkata tidak.
Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, kuranglah penceraian yang berpunca dari suami isteri yang hilang kawalan diri, kuranglah rasuah daripada berlaku ketika pekerja kurang daya mengawal diri, kuranglah sambutan terhadap hiburan melampau tatkala masyarakat kurang mampu mengawal hawa nafsu dan kehendak diri. Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, bercambah-cambahlah kebaikan dalam hidup kita semua, ameen.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Bersempena dengan Kemerdekaan negara kita selama 52 tahun, yang kebetulan berlaku sewaktu kita umat Islam sedang menyambut Ramadhan , biarlah sambutan tahun ini berlaku selari dengan kehendak Islam. Ibadah puasa yang sedang kita jalani sekarang ini juga adalah satu tanda kemerdekaan kita dari hasutan nafsu yang sentiasa ingin menewaskan kita.

Kemerdekaan menurut pandangan Islam ialah apabila seseorang, bangsa atau umat merdeka daripada segala bentuk penjajahan undang-undang ciptaan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, bebas daripada kezaliman kepada keadilan dan bebas dari kejahilan kepada berilmu baik lahiriah ataupun zahiria.

Merdeka bukan bermaksud bebas dan tidak terikat dengan sebarang peraturan dan boleh melakukan apa saja yang disukai. Merdeka bukan semata-mata bebas secara fizikal daripada belenggu penjajahan, tetapi konsep merdeka yang sebenar mengikut pandangan Islam ialah membebaskan diri daripada semua bentuk penjajahan yang bercanggah dengan ajaran Islam, samada dalam bentuk pemikiran rohani dan jasmani mahupun budaya dan citarasa, perasaan dan emosi seseorang insan itu.
Sehingga hari ini, kita melihat minda terjajah masih mengongkong dan berkarat dalam pemikiran anak muda dan masyarakat sekarang. Tidak sayukah hati kita apabila melihat anak muda berpeluk dan bercium dikhalayak ramai, berpeleseran tanpa batasan, pergaulan bebas sehingga terjebak dengan seks bebas dan dadah, terlibat dengan gengstar, penyelewengan aqidah dan sebagainya.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Sepatutnya, umat yang merdeka dapat berfikir dengan matang apakah yang terbaik dilakukan untuk dirinya, bangsa dan kepentingan umat keseluruhannya serta negaranya tanpa khawatir dan bimbang terhadap sebarang halangan yang menghalangnya. . Sebab itulah sekiranya fahaman dan mentaliti kita belum berganjak sampai bilakah kita boleh dikatakan sebagai seorang manusia yang benar-benar merdeka?
Sebagai bangsa Malaysia yang merdeka, jiwa kita, diri kita, keluarga dan masyarakat kita perlu bebas daripada mengagungkan pemikiran penjajah, bebas daripada amalan penjajah, budaya hidup penjajah dan bebas daripada idealisme dan undang-undang penjajah.

. Pengaruh pemikiran bebas atau Liberal yang didatangkan oleh barat, jika dibawa kedalam masyarakat dan menjadi amalan di negara ini, pasti akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan kehancuran negara.
Ada juga manusia, bangsa atau umat meskipun secara lahirnya mereka sudah mencapai kemerdekaan selama puluhan tahun, tetapi jiwa mereka dijajah oleh nafsu jahat. Yang menjadi tuhan mereka hanya nafsu dan apa yang dilakukan oleh mereka membawa bencana kepada seluruh umat manusia.

Sidang jumaat yang berbahgia,
Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat islam menerusi alat komunikasi canggih serta menggunakan kuasa kewangan dan media. Dengan adanya zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan system social milik kita. Malah, perkara terburuk ialah penjajahan pemikiran masih berlaku dikalangan masyarakat
Pemikiran anti islam yang merosakkan umat islam ini sebenarnya adalah hasil daripada usaha dan agenda musuh-musuh islam, terutama golongan yahudi dan nasrani. Sebagai umat islam yang beriman kepada Allah, kita hendaklah berhati-hati dengan idea dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka.

Kejayaan sesebuah Negara yang merdeka tidak hanya dilihat dari segi pembangunan luaran seperti bangunan yang besar, tinggi dan moden, di samping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Namun yang lebih utama dalam pembangunan sesebuah Negara ialah aspek pembangunan modal insan yang berteraskan ajaran islam.
Tidak bermakna mendiami sebuah Negara merdeka, sedangkan rakyatnya masih belum merdeka jiwanya dan amalan sehariannya. Apalah erti kemerdekaan yang dikecapi oleh kita, jika masyarakat yang tidak patuh kepad aperaturan-peraturan agama.

Kemerdekaan Negara yang telah diperolehi selama ini amat merugikan jika wujud berbagai-bagai penyakit social dalam masyarakat yang akhirnya membawa kerosakan dan huru-hara.

Justeru, umat islam perlu terus berusaha untuk membebaskan diri dan jiwa merek adaripada kejahilan, kemiskinan dan rasa rendah diri daripada bangsa-bangsa lain. Kemerdekaan yang sebenar akan menjadikan umat islam sebagai umat yang mampu berdikari, berilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri yang kuat dan bebas daripada pengaruh penjajahan.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini,Janganlah kita mensia-siakan nikmat ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberi untung kepada kita. Marilah kita mengisi kemerdekaan secara dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna bagi membangun agama, bangsa dan Negara berlandaskan ajaran Islam.

Saturday, October 3, 2009



















Jangan di Undang Bala Allah swt .

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له . و أشهد أن محمدا عبده و رسوله المبعوث رحمة للعالمين اللهم صل و سلم و بارك على أشرف الانبياء و المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه أجمعين أما بعد : فيا عباد الله أوصيكم و إياي بتقوى الله و طاعته فقد فاز المتقون و تزودوا فإن خير الزاد التقوى

Muslimin rahimakumullah…
Wahai hamba2 Allah,saya berpesan kepada kamu dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguh berjayalah orang2 yang bertaqwa. Carilah bekalan,sebaik2 bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah swt.

Muslimin sidang jumaat sekelian…
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:

وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرنا ها تدميرا
Maksudnya: (Dan jika kami yakni Allah hendak membinasakan sesuatu negeri,maka kami perintahkan kepada golongan mewah di negeri itu supaya mentaati Allah,tetapi mereka melakukan kemaksiatan, maka pastinya kami turunkan bala dengan menghancurkan negeri itu sehancur2nya.Al – Isra’: 16

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : ( Apabila umatku melakukan 15 perkara,maka bala pasti akan timpa keatas mereka.iaitu
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Muslimin Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah…
Syukur kepada Allah , dari mimbar ini ingin saya menyeru kaum muslimin sekalian agar beramai2lah, bukan sahaja ketika himpunan jumaat ini bahkan seboleh-bolehnya datang-datanglahlah untuk rukuk dan sujud pada waktu solat fardhu yang lima secara berjemaah di rumah Allah ini. Siapa lagi hendak kita harapkan untuk memakmurkan masjid ini kalau bukan kita para jemaah disini. Mudah-mudahan dengan kehadiran kita yang ramai di waktu setiap solat fardhu akan mendatangkan keberkatan kepada kita ahli kariah disini. Seterusnya kita berharap masjid kita ini dapat dihidupkan 24 jam sehari semalam dengan berbagai ibadah oleh para jemaah disini seperi mana hidupnya masjidil haram di mekah dan masjid nabi di madiah.

Mudah2an kesudian kita semua untuk melangkah kaki memakmurkan rumah Allah ini, Allah tidak akan lupakan kita disuatu hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dan pertolongan Allah swt. Dan antara orang yang akan mendapat lindungan Allah di dalam kubur dan di Mahsyar tidak lain tidak bukan mereka yang hatinya terpaut,dan melangkah kaki2 mereka ke rumah2 Allah swt dengan hati yang ikhlas lillahi taala.

Muslimin Rahimakumullah …
Pelbagai tanggapan diberikan apabila sesuatu musibah,bencana dan malapetaka apabila ianya terjadi kepada manusia. Namun terlalu sedikit yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah. Sehubungan dengan itu bagi setiap yang beriman pastinya yakin setiap ujian, bala dan bencana semuanya berlaku dengan kehendak Allah swt.

Maka tidaklah Allah swt menurunkan bala itu melainkan ada sebab musababnya. Sama ada kezaliman, kemaksiatan manusia,kelalaian terhadap peringatan2 Allah atau juga mungkin menjadi suatu ujian dan dugaan Allah untuk menguji keimanan hamba2nya.

Bala disisi Allah swt, tabiinya apabila ia turun ia tidak memilih sesiapa walaupun sebab musabab berpunca daripada golongan tertentu.Kita tidak nafikan juga factor ekologi, geografi, cuaca dan sebagainya,itu antara penyebab tetapi hakikat dan punca berlaku itu kerana bumi adalah hak Allah.Kerajaan langit dan bumi semuanya di dalam takluk Allah swt. Firman Allah swt:

تبارك الذي بيده الملك وهو علي كل شئ قدير
Maksudnya : ( Maha suci Allah,yang ditanganNya segala kerajaan. Dan Dia Maha berkuasa di atas segala sesuatu )Al- Mulk : 1

Apabila keadaan itu berlaku,kita juga jangan lupa kepada salah satu 15 punca tadi. Rasulullah menyebut apabila umat ku melakukan 15 perkara itu pasti Allah turunkan bala. Maka sebagai seorang mukmin mari kita bertanya adakah wujud 15 perkara tersebut di dalam masyarakat kita ?

Muslimin Rahimakumullah .…
Bala adalah sebahagian daripada ujian,sebab itu ada ujian berbentuk bala. Ada ujian berbentuk nikmat. Orang yang menerima ujian berbentuk bala,maka ia bersabar dan bermuhasabah diri.Manakala orang yang menerima ujian berbentuk nikmat hendaklah bersyukur. Oleh itu apa sahaja yang kita hadapi dalam kehidupan sama ada nikmat atau musibah adalah ujian daripada Allah swt dan dunia adalah medan ujian buat manusia. Para rasul, nabi2, ulama, orang2 soleh ujiannya lebih hebat daripada orang2 biasa.

Saudara2ku sekalian…
Kalau 26/12/2004 peristiwa tsunami telah berlaku, mengorbankan ribuan nyawa. Tahun lepas disaat umat islam bersedia meraikan aidiladha, Negara dikejutkan dengan trajedi tanah runtuh. 3 kejadian dalam masa seminggu dan terakhir pada 6/12/2008 yang berlaku di Bukit Antarabangsa, berlaku sekitar 4 pagi yang mengorbankan 4 nyawa dan ribuan terpaksa mengosongkn 48 nyawa yang terletak haya 1km dari tapak kejadian terbaru itu. Begitulah antara siri- siri ujian atau bala yang akan terus berlaku seandainya manusia masih lagi berpaling daripada peringatan - peringatan Allah swt. Tetapi berpa ramai dikalangan kita masih mengingati peristiwa2 tersebut? Berapa ramai pula dikalangan kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut?

Manusia tidak seharusnya menyalahkan takdir Allah semata2, sedangkan episode2 malang yang berlaku adalah kerana kerakusan, ketamakan dan kesombongan manusia dan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah di sebabkan tangan2 manusia itu sendiri. Peristiwa begini jarang dijadikan iktibar dan panduan,ianya digeruni sekejap sahaja dan bila masa berlalu maka ianya dilupakan saja. Manusia degil untuk berlajar daripada apa yang berlaku.
                   
Firman Allah yang bermaksud: (Apakah penduduk sebuah negeri sentiasa merasa aman sedangkan bala Allah boleh berlaku pada malam hari,ketika mereka nyenyak tidur dan bala juga boleh berlaku di siang hari sewaktu mereka leka bermain.)Surah al A’araf : 97 - 98

Muslimin yang dirahmati Allah swt ..…
Bala boleh berlaku secara tiba2 siang atau malam tanpa amaran. Allah juga mengingatkan mana2 orang2 yang mewah di muka bumi jangan terlalu yakin bahawa kehidupan mereka tidak di timpa bencana. Manakala isyarat daripada Allah swt bila mana Allah mengkehendaki suatu keruntuhan dan kehancuran Allah akan biarkan golongan mewah leka melakukan kemaksiatan.Kehancuran bukan merujukan kepada kes tsunami dan tanah runtuh sahaja tetapi merujuk kepada umum.

Dengan bala itu,sepatutnya membuka mata hati supaya segera bertaubat, mentaati dan berserah diri hanya kepada Allah dan jangan sesekali melawan. Tidak susah untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah iaitu jadikan Al-quran dan sunnah rasulullah sebagai pedoman hingga akhir hayat. Itulah panduan yang lengkap lagi sempurna,celupan dan corak kehidupan yang sebenar yang mesti dituruti setiap manusia kerana Allah lah yang mencipta alam,maka Dia mengetahui apa yang baik dan mudharat kepada manusia.

Sekiranya kita menolak Al-quran dan As-sunnah sebagai ikutan,dan kita memilih jalan selain yang di tetapkan oleh Allah maka tunggulah Allah kata,akan datang kepada kamu azab dan siksaan yang tidak siapapun dapat menolong.Oleh itu,dalam kita menghadapi musibah,bencana dan malapetaka maka ada pengajaran penting yang perlu direnung dan diambil oleh orang2 yang beriman.



MUSLIMIN Rahimakumullah……
Suatu fakta yang tidak dapat kita nafikan bahawa segala punca kemurkaan yang mendekatkan kita dengan bala Allah SWT telah berlaku dalam masyarakat hari ini.Riba suda berleluasa. Rasuah menjadi amalan biasa , anak-anak menderhaka dan mencampakkan i/bapa yang telah tua kerumah-rumah kebajikan.

Banyak kemungkaran dan maksiat yang tidak dihalang dan dicegah bahkan digalakkan dan disuburkan lagi.Kilang arak yang terbesar, pusat –pusat judi dan kasino dibukit-bukit tinggi,pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan,konsert-konsert ditaja para artis dipuja, ulama dihina,alpquran dilupa, sunnah dicela,syariat tidak dipelihara, agama tidak dijaga.

Dalam sebuah hadis Rasulullah menyatakan” Apabila ramai masyarakat terlibat dengan riba dan maksiat, maka bala yang paling besar berlaku adalah tanah runtuh, mudah mendapat angin ahmar, cuara yang sangat panas kering dan berdebu.

Dalam ayat yang saya baca pada permulaan khutbah tadi Allah berkata: Aku akan biarkan golongan mewah dengan melakukan maksiat. Golongan mewah mengikut tafsir PImpinan Ar-Rahman ialah ketua-ketua, orang-orang terkemuka iaitu pemimpin. Mereka dilabelkan golongan mewah kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang biasa. Mereka mempunyai kuasa , pengaruh dan wang ringgit.

MAka bila Allah menghendaki kehancuran pada sesebuah negeri, maka Allah akan membiarkan mereka menyuburkan maksiat dan kemungkaran dengan kuasa, pengaruh dan wang ringgit yang mereka miliki dan juga mereka berbuat zalim kepada rakyat bawahan secara berterusan dan bilamana masyarakat membiarkan maksiat dan kezaliman tanpa ada usaha merubah dan menghalang, atau sekurang-kurangnya benci dihati, maka tunggulah saat bala kehancuran yang dijanjikan allah SWT
Pendek kata segala ingatan Allah dalam al-quran dan warning Rasulullah SAW dalam sabdanya semuanya telah berlaku dalam masyarakatkita hari ini. Maha benar firman Allah yang berbunyi:
Maksudnya: Dan
peliharalah dirimu daripada siksaanyang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu. Dan ketahuilah azab Allah itu amat keras –

al-anfal :5

MUSLIMIN Rahimakumullah……………..

Oleh itu, marilah kita sama2 mencari keredaan Allah dan bersegera bertaubat dan berusaha agar dijauhkan bencana dan malapetaka yang tidak diingini. Jauhilah diri kita termasuk kedalam golongan maksiat dan zalim. Jauhilah diri kita dari termasuk kedalam golongan maksiat dan zalim. Janganlah kita mengundang bala Allah.

Ambillah iktibar dalam setiap tragedi yang berlaku, disitu mengandungi 1000 hikmah yang terkadang tidak mampu disingkap oleh manusia. Lihatlah bagaimana balasan dan bala Allah terhadap golongan2 pada umat2 terdahulu, disitu kita akan temui sebahagian jawapan.

Firaun, Allah tenggelamkan dalam ombak tsunami. Qarun Allah benamkan dalam perut bumi. Namrud Allah seksa dengan tentera nyamuk. Kaum Tsamud Allah binasa dengan halilintar. Kaum Aad Allah timpakan dengan hujan batu. Kaum2 ini Allah binasakan mereka sama sekali tidak berbaka lantaran keingkaran dan maksiat mereka kepada Allah.

Tapi kita umat Muhammad, jika bala melanda tidak dihapuskan sekaligus seperti umat2 terdahulu, Cuma sebahagian sahaja sebagai peringatan dan ancaman supaya mereka kembali mengingati Allah dalam apajua keadaan. Diberi peluang agar mereka menginsafi kesilapan, bermuhasabah diri dan menilai hikmah dari Bala Allah yang hendak disampaikan kepada manusia. Syukurlah atas segala nikmat Allah dan bersyukurlah sebab kita menjadi umat Muhammad s.a.w.